staff meeting in my mind

Hi you, hihi assalamualaikum, pernah tak life awak dilalui dengan perasaan berdebar yang keterlaluan. Seperti semua pilihan dan tindakkanmu dipersoal. Ada sahaja perbahasan demi perbahasan di hatimu. Muncul je episode kajian dan persoalan yang tercetak dimindamu.
Tak terjelaskan.
Seperti,

a) Keinginan nak share gambar-gambar yang dah diambil.
b) Erm, gambar yang mana 1 ye nak share?
c) Gambar ni ok ke? Or itu ke?
d) Sesuai ke? Tak pe ke?
e) Tak bahaya ke?
f) Kalau nak share dua-duanya.. nak share camne ye?
g) Pakai app apa eh?
h) Nak share semua ke?
i) Eh kenapa aku boleh ambil gambar ni eh?
j) Hari tu pic ni nampak cantik. Tapia awat sekarang macam.. hrm..
k) Eh! Hari tu bukan ada pic camtu ke? Mana eh?
l) Ih bila masa lak mik pic ni eh?
m) Ok lah tak pela, share yang nil ah.
n) Nak share katne eh? Pe nama membe yang tu?
o) Eh da lama tak contact membe yang tu.
p) Ada ke eh fb dia? Nama fb dia pe eh?
q) Wasup dia ada ke ye?
r) Ritu guna hashtag pe je eh.
s) Cerita ni dah lama sesuai ke share ye?
t) Jap-jap pe eh nama tempat pic ni di ambil.
u) Eh jap, kena edit dulu, pic ni tak tutup aurat
v) Mmm kalau share juga, yang aurat-aurat sesikit nil eh share gak ke?
w) Ala pic ni x lawa la kalau edit cmni.
x) Cane nak edit tutup aurat tp lawa juga eh?
y) Hari tu ada Nampak orang tu edit lawa. Sape eh?
z) Ala memory phone full lak nak download app tu.
aa) …(dan banyak lagi bersambung, tak berhenti, Cuma beralih soalan lain, atau tertidur)

Comments

Popular posts from this blog

game result

Ruang Baru (Matured)