word 2016 bermasalah

 Assalamualaikum, tak tahu kenapa dan apa masalahnya. Tapi tiba-tiba word dekat dalam laptop ni tak boleh guna, tak boleh edit tulisan. Padahal untuk tulisan dekat note boleh je.

Fikir tadi ada masalah dekat keyboard, rupanya dekat word sahaja. Fuh, selamat.

Tapi tak selamat mana sebab tak boleh nak meluahkan buah fikiran dan idea ke word. Tu yang tompang blog ni untuk meluah rasa sekali menumpahkan idea. 

Untuk ff 2sung ; cursed di wattpad.

ff ni sebenarnya bermotif ringan. Jisung dan sungchan adalah adik beradik. Jisung adik perempuan Sungchan. dan  Sungchan abangnya Jisung. Sungchan tsundere tidak boleh dan malu menunjukkan rasa sayangnya ke Jisung. Padahal Sungchan sangat menyayangi adiknya dan melindungi adiknya semampu dayanya.

Sungchan merupakan anggota keselematan berpangkat tinggi. Marikh tempat yang mereka tinggali sedang berada di ambang kehancuran. Mereka berpusu-pusu dibuang planet untuk melanjutkan hidup masing-masing ditempat lain.

Cabarannya adalah, terlalu banyak pemangsa dan musuh yang menanti mereka di sempadan bimasakti diluar sana. Masing-masing cuba menyerang untuk meneruskan hidup. Sungchan dan anggota keselematan harus berbagi tugas, sebahagian memastikan semua penduduk marikh harus keluar dari planet itu. Sebahagian lagi memastikan penduduk yang dikeluarkan harus melepasi sempadan penyerangan musuh dengan baik.

( kkkk, aku menulis tanpa cermin mata dan contact lense, bedal jela)

Konflik atau permasalahan? 

1) Pembunuhan yeoja tiada satu pun perempuan disana/ mereka dimusnahkan.

2) Menyembunyi Jisung jisung satu-satunya yeoja yang terselamat dan disembunyikan oleh abangnya

3) Jisung bereksperimentasi jisung dan sikapnya yang suka bereksperimen dan membahayakan keberadaannya sendiri

4) Tanggungjawab Sungchan sebagai seorang abang yang melindungi adiknya dan sebagai angota keselamatan yang menyembunyikan pelarian negara.

5) Keberadaan Jisung terbongkar jisung ditangkap, dan dilempar ke luar marikh tanpa persediann yang sewajarnya.

6) *Kegunaan bekalan kuasa setiap anggota keselamatan marikh dikurnia kelebihan kuasa istimewa bagi tujuan memastikan tahap keselamatan rakyat sentiasa tiptop. Selain itu suit yang dipakai juga mempunyai ciri keselematan tambahan.

7) ...

rujukan tambahan

http://tajsmkis.blogspot.com/2012/05/one-is-one-and-all-alone-nicholas-fisk.html?m=1

stila study buku ni. tq

Comments

Popular posts from this blog

game result

Ruang Baru (Matured)